Pada suatu hari Nabi Allah Sulaiman
telah menerima wahyu daripada Allah supaya pergi ke tepi pantai untuk
menyaksikan suatu benda yang ajaib yang akan ditunjukkan kepada Nabi
Sulaiman. Setelah bersiap sedia, Nabi Sulaiman berangkat ke tepi pantai
yang di nyatakan di dalam wahyu. Baginda di iringi oleh kaum jin,
manusia dan binatang.
Setibanya di pantai, Nabi Sulaiman terus
mengintai- ngintai untuk mencari sesuatu seperti yang dikatakan oleh
Allah. Setelah lama mencari ,baginda belum lagi menjumpai apa-apa. Kata
salah seorang daripada mereka "Mungkin tersalah tempat". Tetapi baginda
menjawab "Tidak, di sinilah tempatnya". Nabi Sulaiman mengarahkan Jin
Ifrit supaya menyelam kedalam laut untuk meninjau apa-apa yang pelik
atau ajaib. Jin Ifrit menyelam agak lama juga barulah ia kembali kepada
Nabi Sulaiman dan memaklumkan bahawa dia tidak menjumpai apa-apa benda
yang ajaib. Tanya Nabi Sulaiman "Apakah kamu menyelam sehingga dasar
laut" Jawab Jin Ifrit "Tidak". Nabi Sulaiman pun mengarahkan Jin Ifrit
yang kedua supaya menyelam sehingga ke dasar laut. Setelah puas menyelam
dan mencari benda-benda yang di katakan oleh Nabi Sulaiman, Jin Ifrit
yang kedua juga tidak menjumpai apa-apa yang ajaib dan ia melaporkan
kepada Nabi Sulaiman.
Perdana Menterinya yang bernama Asif bin
Barkhiya telah berbisik ke telinga Nabi Sulaiman dan memohon kebenaran
untuk menolongnya. Setelah mendapat izin Nabi Sulaiman, dia membaca
sesuatu dan terus menyelam ke dalam laut. Tidak lama kemudian Asif
menjumpai sebuah kubah yang sangant cantik. Kubah tersebut mempunyai
empat penjuru, setiap penjuru mempunyai pintu. Pintu pertama diperbuat
daripada mutiara, pintu kedua diperbuat daripada zamrud berwarna merah,
pintu ketiga diperbuat daripada jauhar dan pintu keempat diperbuat
daripada zabarjad. Pintu-pintu tersebut terbuka luas, tetapi yang
peliknya air tidak masuk kedalam kubah tersebut walaupun pintunya
terbuka luas.
Dengan kuasa yang diberikah oleh Allah,
Asif dapat membawa kubah tersebut naik ke darat dan diletakkan di
hadapan Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman melihat kubah tersebut dengan penuh
takjub di atas kebesaran Allah. Baginda berangkat untuk melihat kubah
tersebut, setelah menjenguk ke dalam di dapati ada seorang pemuda berada
di dalamnya. Pemuda tersebut masih belum sedar walaupun kubahnya telah
diangkat ke darat kerana asyik bermunajah kepada Allah. Nabi Sulaiman
memberi salam kepada pemuda tersebut. Pemuda tersebut menyambut salam
dengan perasaan terkejutnya apabila melihat orang ramai sedang berada
disitu. Nabi Sulaiman memperkenalkan dirinya kepada pemuda itu bahawa
beliau adalah Nabi Allah Sulaiman. Pemuda itu bertanya "Dari manakan
mereka ini dan bagaimana mereka datang?". Pemuda itu merasa kehairan dan
setelah menjenguk keluar dia mendapati bahawa kubahnya telah berada di
darat. Nabi Sulaiman memberitahu pemuda itu bahawa mereka datang kerana
diperintahkan oleh Allah untuk melihat keajaiban yang dikurniakan Allah
kepadanya.
Setelah mendapat izin dari pemuda itu
Nabi Sulaiman meninjau ke dalamnya untuk melihat benda yang ajaib yang
dihiasi di dalamnya. Keindahan yang terdapat di dalam kubah itu sungguh
menakjubkan. Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda tersebut bagaimana dia
boleh berada di dalam kubah ini yang terletak di dasar laut. Pemuda
tersebut menceritakan bahawa dia telah berkhidmat kepada kedua ibu
bapanya selama 70 tahun. Bapanya seorang yang lumpuh manakala ibunya
pula seorang yang buta. Suatu hari ketika ibunya hendak meninggal dunia,
ibunya memanggilnya dan memaklumkan bahawa ibunya telah rela diatas
khidmat yang diberikan olehnya. Ibunya berdoa kepada Allah supaya
anaknya dipanjangkan umur dan sentiasa taat kepada Allah. Setelah ibunya
meninggal dunia, tidak lama kemudian bapanya pula meninggal dunia.
Sebelum bapanya meninggal dunia, bapanya juga telah memanggilnya dan
memaklumkan bahawa dia juga telah rela diatas khidmat yang diberkan
olehnya. Bapanya telah berdoa sebelum meninggal dunia supaya anaknya di
letakkan di suatu tempat yang tidak dapat diganggu oleh syaitan.
Doa kedua dua orang tuanya telah
dimakbulkan oleh Alllah. Pada sutau hari ketika pemuda tersebut
bersiar-siar di tepi pantai ia terlihat sebuah kubah yang sedang
terapung-apung di tepi pantai. Ketika pemuda tadi menghampiri kubah
tersebut . Ada suara menyeru supaya pemuda itu masuk ke dalam kubah
tersebut. Sebaik sahaja ia masuk kubah dan meninjau di dalamnya
tiba-tiba ia bergerak dengan pantas dan tenggelam ke dasar laut. Tidak
lama kemudian muncul satu lembaga seraya memperkenalkan bahawa dia
adalah malaikat yang di utuskan Allah. Malaikat itu memaklumkan bahawa
kubah itu adalah kurniaan Allah kerana khidmatnya kepada orang tuannya
dan beliau boleh tinggal di dalamnya selama mana dia suka, segala makan
dan minum akan dihidangkan pada bila-bila masa ia memerlukannya.
Malaikat itu memaklumkan bahawa dia diperintahkah Allah untuk membawa
kubah tersebut ke dasar laut. Semenjak dari itu pemuda tersebut terus
bermunajah kepada Allah sehingga hari ini.
Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda itu
"Berapa lamakah kamu berada di dalam kubah ini" Pemuda itu menjawab
"Saya tidak menghitungnya tepapi ia mula memasukkinya semasa
pemerintahan Nabi Allah Ibrahim a.s lagi". Nabi Sulaiman menghitung ".
Ini bermakna kamu telah berada didalam kubah ini selama dua ribu empat
ratus tahun". Nabi Sulaiman berkata "Rupa mu tidak berubah malah
sentiada muda walaupun sudah dua ribu empat ratus tahun lamanya". Nabi
Sulaiman bertanya pemuda itu samada dia mahu pulang bersamanya". Jawab
pemuda tadi "Nikmat apa lagi yang harus aku pinta selain daripada nikmat
yang dikurniakan oleh Allah kepada ku ini". Nabi Sulaiman
bertanya"Adakah kamu ingin pulang ke tempat asal mu" Jawab pemuda itu
"Ya, silalah hantar aku ke tempat asalku". Nasi Sulaiman pun
memerintahkan Perdana Menterinya membawa kubah tersebut ketempat
asalnya.
Setelah kubah tersebut diletakkan ketempat asal, Nabi Sulaiman berkata
kepada kaumnya "Kamu semua telah melihat keajaiban yang dikurniakan oleh
Allah. Lihatlah betapa besar balasan yang Allah berikan kepada orang
yang taat kepada orang tuanya dan betapa siksanya orang yang menderhakan
kepada kedua ibu bapanya". Nabi Sulaiman pun berangkat pulang
ketempatnya dan bersyukur kepada Allah Taala kerana telah memberi
kesempatan kepadanya untuk menyaksikan perkara yang ajaib.
Sumber: BAHAGIAN AGAMA DAN KAUNSELING (BAKA), POLIS KONTINJEN PERAK